Rabu, Ogos 12, 2009

ED BAKERY DELIGHT

Ed Bakery Delight di terajui oleh Puan Khilijah Binti Abdul Ghani ( Puan Aida ) yang merupakan tenaga penggerak utama didalam perusahaan yang dijalankan oleh syarikat ini.

Ed Bakery Delight telah mula beroperasi sejak tahun 2002 bermula dengan perusahaan pembuatan kuih muih tradisional seperti ;

1. Kuih Talam Cendol
2. Kuih Talam Suji
3. Kuih Talam Keladi
4. Kuih Talam Jagung
5. Kuih Talam Palembang
6. Kuih Bingka Ubi
7. Kuih Bingka Beras
8. Kuih Lapis Kacang Merah
9. Kuih Lapis Kacang Hijau
10. Kuih Lapis Biasa

Sehingga kini Ed Bakery Delight telah menjadi pembekal tetap kuih muih kepada 6 buah kedai di mana setiap kedai akan memesan sekurang-kurangnya 130 unit kuih muih dari pelbagai jenis setiap hari.

Disamping itu Ed Bakery Delight juga menerima tempahan kuih muih untuk majlis- majlis seperti perkahwinan, majlis rasmi badan-badan kerajaan , swasta dan sebagainya.

Pada Februari 2007, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah menawarkan kepada Ed Bakery Delight untuk menganjurkan kelas mengajar membuat kuih-muih sebagai salah satu daripada kegiatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk membantu masyarakat terutamanya kaum ibu bagi menambah sumber pendapatan.

Kepercayaan yang telah diberi oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat kepada Ed Bakery Delight terutamanya Puan Khilijah Binti Abdul Ghani membuktikan bahawa produk yang dibawa oleh Ed Bakery Delight amatlah bermutu tinggi dan ianya telah mendapat sambutan baik dari pasaran

Kini Ed Bakery Delight juga menganjurkan kelas mengajar membuat kuih-muih tanpa ditaja oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Kelas kelas ini biasanya diadakan 2 minggu sekali dan ianya telah mendapat sambutan yang amat mengalakan sehingga kini.

Produk -produk Ed Bakery Delight telah mendapat sijil pengesahan halal dari HDC, jadi kebersihan dan kesucian nya tidak perlu di ragukan.

0 ulasan:

Catat Ulasan